Tahun 6
Kata nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan tidak bernyawa. Digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan orang lain.
Kata ganti diri ketiga digunakan untuk merujuk kepada orang lain.
Pepatah ialah rangkaian perkataan yang berkait-kait dan sering digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup khususnya dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
jika kaya, semua hajat akan tercapai.
buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil.
sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu bapanya.
betapa susah kita melihat penderitaan orang lain, susah lagi orang yang menanggungnya.
susah senang bersama-sama.
sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.
tidak akan mati atau meninggal dunia sebelum ajalnya tiba.
lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.
berdamai dan melupakan pertelingkahan.
kata sepakat diperoleh dengan bermesyuarat atau berunding.
jika ada azam, apa-apa yang dihajati boleh tercapai.
orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan tepat.
orang yang baik meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk.
Sila tekan butang di bawah untuk memulakan kuiz 10 soalan.